fifie mawi

fifie mawi

Wednesday, February 16, 2011

Antara Ibu Bapa dan Kekasih Hati


Di dalam keadaan diri yang masih bersendirian, tiba-tiba muncul seseorang yang mengisi kekosongan hati anda. Kebetulan beliau seorang penyayang, seorang yang memahami, seorang yang romantik. Terasa dirinya berpotensi menjadi pasangan hidup yang sesuai. Malangnya apabila diperkenalkan kepada ibu bapa, mereka tidak bersetuju.

Di dalam keadaan ini, seseorang itu mempunyai 2 pilihan.

Pertama, meneruskan perkahwinan dan mengenepikan kedua orang tua kemudian menetap jauh-jauh selepas berkahwin. Kedua, ketepikan si dia dan utamakan kedua orang tua, kemudian meratap sedih. Sudah tentu, pilihan kedua adalah lebih arif, namun terdapat kaedah yang boleh digunakan agar seseorang itu memperolehi kedua-duanya tanpa sebarang dilema.

Di dalam surah Luqman ayat 14, Allah s.w.t telah berfirman, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”

Telah jelas, hampir di dalam semua keadaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding segala-gala di dalam alam ini, kecuali beberapa hal yang dilarang. Firman Allah di dalam surah Al-Ankabut ayat 8, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka.”

Di dalam sebuah hadith lain riwayat sahabat Abu Darda’ r.a. Telah datang seorang lelaki kepadanya dan berkata, “Aku memiliki seorang isteri dan ibuku menyuruh aku menceraikannya.” Kata Abu Darda’, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “orang tua-tua adalah pertengahan pintu-pintu syurga. Jika kamu mahu, kamu boleh sia-siakan atau kamu boleh menjaga ia.”[2] Ibu bapa diibaratkan seperti pintu-pintu di tengah syurga. Adakah bijak sekiranya seseorang itu mengabaikan satu kebaikkan yang besar kerana seorang kekasih hati?

Justeru, adalah menjadi satu langkah bijak sekiranya seseorang itu dapat mengenalpasti ciri-ciri menantu idaman daripada ibu bapa mereka terlebih dahulu. Bagaimana perwatakan, bagaimana rupa paras dan tingkah laku. Perkara ini subjektif, masing-masing ibu bapa mempunyai “piawaian” yang berbeza. Setelah itu, barulah dimulakan pencarian si dia dengan berdasarkan petunjuk Al-Quran, hadith-hadith Rasulullah dan doa-doa serta solat-solat yang berkaitan dengan hajat anda.. InsyaAllah, tidak akan ada dilema menanti di hadapan anda.

Monday, February 14, 2011

kenapa lelaki mepunyai 9 Akal dan 1 Nafsu?? DAN kenapa wanita mempunyai 9 Nafsu dan 1 Akal....

kenapa lelaki mepunyai 9 Akal dan 1 Nafsu?? DAN kenapa wanita mempunyai 9 Nafsu dan 1 Akal....

dalam hal ni kaum adam dan kaum hawa x puas hati...ada kaum adam kata"bnyk juga akal kaum adam..tp nafsu sikit..."ada pula kaum hawa kata"ish..jahat sagt ke aku ni sampai bnyk nafsu...tp akal aku sikit je.."

Sebenarnya dalam konteks ni yg dimaksudkan lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu adalah mreka ada 9 fikiran dan 1 emosi...manakala wanita pula yg dikasudkan dgn 9 nafsu 1 akal ialah 9 emosi dan 1 fikiran...

cuba kalian fikir??

1)knp kaum wanita diberi satu keistimewaan iaitu beranak??knp??knp lelaki tidak??
=kerana wanita ada 9 emosi...wanita ni seorg yg penyayang...dia sanggup membiarkan seorang makhluk tinggal didalam perutnya....dia sanggup bertahan selam 9 bulan 10 hri untuk biarkan seorg manusia tinggal didalm perut kita...itu disebabkan wanita mempunyai bnyk emosi...

cuba bg kaum lelaki yg mengandung???apa yg akan jd??
x pun suruhlah mereka ikat satu kampit beras seberat 10kg...apa riaksi mrk??
mereka x kan sabar untuk menghadapi beban yg bgtu berat...sebb mrk rasa itu seperti beban..susah untuk melakukan kerja...tp wanita tidak..dia sabar..malah dia kasih lg manusia yg ada dalam kandungannya...itulah keistimewaan wanita...

2)knp kaum adam dibg amanah untuk menguruskan talak???knp tidak wanita??
=krn lelaki mempunyai 9 fikiran...mrk boleh mgnuruskannya dgn berfikir...bkn dgn emosi..bygkanlah sekiranya kuasa talak di bwh kuasa isteri sudah tentu mrk akan mengurusnya dgn emosi..bkn dgn fikiran..

sekiranya talak di tgn kaum isteri..pasti banyak kaum adam tlh dudakan...(maaf sekiranya kasar)
itulah amanah kaum adam dan itulah keistimewaan kaum adam mempunyai 9 fikiran...

maaf sekiranya ana tersalah kata ya...^_^

Sunday, February 13, 2011

Petua Untuk Bersabar


1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.
2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.
3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.
4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.
5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.
6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.
7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.
8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.
9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.
10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.
11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.
12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu (moodiness) dalam diri seseorang adalah terlalu penting.

13. Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik inipun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu.
14. Jangan fikir bahawa cita-clta dan apa yang anda kehendaki adalah terlalu penting.
15. Terimalah hakikat bahawa wujudnya kesulitan jika terlalu mengharapkan sesuatu perkara dalam hidup, terhadap diri anda dan orang lain. Jika anda terlalu berharap, kedukaan dan kekecewaan akan menjadikan anda sedih dan berkelakuan hilang sabar.