fifie mawi

fifie mawi

Friday, January 14, 2011

Bunga Yang Indah


by Abu Hanifah 


Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... begitulah juga orang yang cantik; kebanyakannya jarang berbudi.

Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah," maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia.

Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan.

Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.

Jika dia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya.

Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.




Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya.

Andai dia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya, harumnya tiada.

Sebaliknya wanita yang kurang cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaan-Nya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.

Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang.

Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.

Wanita yang kurang cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.

Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhluk-Nya.




Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.

Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah (sikap negatif) akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.

Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberi-Nya.Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi.

Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya? Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.

Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula dirimu wahai wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan. Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan.

Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikan-Nya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:

Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya pada-Nyalah kamu meminta pertolongan." (Surah An-Nahl: 53)

Thursday, January 13, 2011

flower... bunge...

huhu... bnge oh bunge...
rmentik nyer... de org bg sy bunge... hehe.. ske sngt.... skit2 pun de org bg bnge... siap bekl ubt lg... hehe... hehe.. ari nie dah siht pun.. tq...



da upload bnyk kali.. tetp terblik.. huhu.. tak pe lah... sweet tak?tk pnh dpt nie... 1st time dpt... huhu sungguh terharu...


sy yg sngt teruja... hehe... 



tq sngat2 tau.... pndi ye, ambk ati sy.. huhu...... nanti sy anto coklat ye... hehe...nanti sy wat kejutn untuk awk pulk.. hehe... 

Wednesday, January 12, 2011

Tawakal Jalan Terbaik Hadapi Dugaan Hidup ( Muhasabah )


by Abu Hanifah 


Setiap kejadian menimpa manusia pasti ada sebab serta mempunyai hikmah

Kita selalu mendengar keluh kesah sesetengah orang yang bertanyakan kenapa agaknya suratan kehidupan mereka begitu susah untuk memperoleh kesenangan dan begitu senang pula mendakap kesusahan.

Mereka iri hati dengan keadaan orang lain yang ditakdirkan senang memperoleh kesenangan secara berterusan. Ada manusia yang hidup senang dan kaya raya, ada hidup susah dan melarat, ada dulunya senang tetapi kemudian hidup melarat.

Hakikatnya, inilah asam garam dan pancaroba kehidupan yang harus diterima dengan hati terbuka. Sebagai khalifah di muka bumi, perlulah kita membuat analisis dan muhasabah. Berfikir secara waras bahawa ketentuan Allah SWT mempunyai seribu satu sebab yang terkandung hikmah dan pengajaran. 

Cuba nilai mengapa sesetengah manusia diberikan ujian terlalu hebat oleh Allah SWT? Mengapa sesetengah yang lain diberi rahmat dan rezeki yang tidak putus-putus? 

Setiap sesuatu dijadikan atau ditakdirkan-Nya itu pasti ada sebab dan mempunyai hikmah. Manusia hanya perlu bersyukur jika diberikan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah. 




Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 18) 

Begitu juga sebaliknya, manusia perlu terus-menerus bersabar andai diuji dengan dugaan demi dugaan. Setiap sesuatu ketentuan perlu dihadapi dengan waras, bijak, tenang, serta berserah tanpa kompromi atau bersyarat kepada Allah SWT. 

Tidak perlulah melihat dalam perspektif yang luas, lihat saja diri kita sendiri. Dalam banyak waktu, kita iri hati melihat sahabat yang nampak bahagia sepanjang masa dibanding kita tidak senang atau bahagia seperti mereka. 

Ini memang amalan manusia, suka membanding-bandingkan diri dengan orang lain. Cuba lihat rakan lain yang selalu dirundung kesukaran, kesakitan, kepayahan dan duka? Bandingkan nasib mereka dengan kita. 

Hanya dengan cara ini kita akan mengucap syukur Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya kita menyedari ketentuan nasib yang lebih baik dan senang berbanding mereka. Hakikatnya, manusia sukar untuk merasa puas. 

Oleh itu, sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah reda, bersyukur dan bertawakal kepada-Nya. Giatkan usaha dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan mengurniakan keadaan lebih baik daripada sebelum ini. 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-157) 




Akan tiba masanya, kalau tidak di dunia, Insyaallah di akhirat kelak, terbit sinar kebahagiaan dan rahmat-Nya menerangi kehidupan, berkat kesabaran serta keimanan menempuhi ujian demi ujian. 

Perlu diingat, sebanyak mana harta kemewahan dan kesenangan dianugerah Allah hendaklah disyukuri. Perlu juga diyakini segala nikmat diperoleh dengan izin Allah SWT, dan dengan kehendak Allah juga, boleh hilang dalam sekelip mata. 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan ‘kami telah beriman’ sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah SWT mengetahui orang yang benar dan dan orang yang dusta.” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3) 

Ingatlah, setiap apa yang kita lakukan, baik mahupun tidak, akan tetap dihitung dan diberi balasan sewajarnya oleh Allah SWT. 

Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya), dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya) pula.” (Surah al-Zalzalah, ayat 7-8) 

Untuk itu, janganlah kita mudah mengeluh apabila berdepan dugaan hingga mudah syaitan menusuk jarum kebencian terhadap takdir Allah SWT. Kita menjadi lupa kepada Allah serta lupa kekuasaan dan pembalasan-Nya. 

Janganlah kita menjadi seperti kaduk naik junjung atau luncai yang terjun dengan labu-labunya sehingga dikatakan sebagai orang yang ‘kufur nikmat’.

Monday, January 10, 2011

lagu AJL mcm kish hidupku 2010

1... jahat=stacy
  • mule2 dulu serik nk bercnte... ble mcm2 terjdi...yang berakhirnya dngn kecewa...ble hadirnya "dia" kepla kte jngn, hati kte pergi... benrlah cnta itu buta, tak nmpk apa selain "dia"
  • bagaikan terkene mantera cnte.. dari mner tah dtg menyerang diri ku... yg disngkekn kebal... trigau2 diri mu hmpir setiap waktu....
  • pada mulenyer tak nk bercnte... ape yg sudah jd.....wlaupun belum bersedia, hati ku mendesak dan menggesa... menerime cnta "dia"

2...cinta sempurna= yuna
  • aku nie, mnusia lemah, selau terjtuh.. berbeda aku drmu... (rase tkt pulak nk bercnte ngn "dier" nie) kau berdiri tguh tapi aku nie, serbe kekurngan dan ble kau tiade, aku hilng dr kewujudan..
  • sempunanyer sifat mu.. tulusnyer hatimu...jujurnyer niatmu.. tingginyer kesabarnmu.. melepskan diriku..kerna kau tak mampu.. tuk tnggung cinte yg sempura.. dr mu.... ble terlalu sempura... jd mcm nie pulak...aku rse dri nie tk bersedia untuk menerima cntanyer... ptus ble rse hati tak bersedia

3...selamat malam=faizal tahir
  • biakan belalu...semua kepedihan mu...lelapkn matamu...bia mimpi membwamu...kemaner kau mahu... (sori, tak dpt terima "awk" lagi.. awk sndri tk thu keadaan awk tu cmner)
  • berlabuh tirai malam..yg indah itu ada pada kamu..dengan setiap harapan... moga kau dpt cri jwapan untuk semua.. ble kau tido.. dan mulekn hidup bru
  • aku jd arjuna... pelik pulak.. huhu.. jd pari2 lah.. hehe..terhapus semua air mata mu... cewah...
4.. berlari=tomok
  • "dier" mule rase keliru antre aku dan ex dier... ops... terckp pulak..... ble tak thu nk tuju yg mner stu.. terus membisu..... 
  • dier nk bercnte ngn aku.. nk bercnte ngn ex dier.. mner stu tah...haruskan cnta jd begitu...tak perlu nk meryu kt aku.. sedngkan "kau" kau sendri tak pasti... nk yg mner...aku ngn rela lepskan "kau"... tak dek yg menyakiti...
  • pastu aku pun bebs... dier telah memilh ex dier semule... dan aku pun terus berlari untuk kejar impian aku.. yg terkunci, walaupun tnpe mu disisi...
5.. mencari konklusi=hujan
  • 'dier' mule tk thu mner nk tuju... belumpun tersimpul mati.. ikatan tu dah terbuke... sbb ati "dier"jugk... tak pasti...dier dan ex nyer... membuat haluan masing2...
  • mcm maen silng kate... mcm2 lah.. bertmbh2 persoalan...aku sndri pun tak pasti pe yg aku lalui sekarng...ujian2
  • aku pun cube tenangkan ati.. npe dier nk cri aku lg... pelik jgk kn...pejm mata, hilngkn resh di hati...akhirnyer tido lah aku... jasad aku yg cari konklusinyer... akhrnyer... cnte kmbli terjalin..
6...ku ada kamu=adira
  • mule2 bercnt... takt kehilangn dlam kegelapan..."dier'pun dtg.. bg sinar petunjuk.. ble aku sedih, dier wat aku ketawa.. sbar je pujuk aku,,,.. ble aku jtuh.. "dier' pun smbut aku... tak pnh lg lah rsenyer... huhu
  • aku pun ckp... klo mcm nie lah... andai esok hri akan runtuh... bersme lah dngan aku... klo esok dunia bergelora, aku tk kn gemuruh.. sebb "kau' ader bersme aku... best sngt...
  • aku pun tak pasti.... 'kau pun tampil dngn berni untuk membimbing aku, agar lebh yakin... hidup nie penuh dngn soalan... 'kau'pun bgkn jwpn lenkpkn semua kekurngn... tak nmpk lah kekurngkn tu..
  • aku pun jtuh cnte sngt2... tak mungkin dri ini mampu hidup tnpe dorongn "dier'....
7.. tolng ingatkan aku=ana raffali
  • ble dah couple... mcm2 lah berlaku... mcm2 kate disusun untuk menjdi ayat2 keramat...ari2 msg, ari2 kol...tolong ingtkan aku, klo de wat silp dan slah....bia luke lme sembuh sndri....lupekn kenangan yg lame2... mulekn hidup baru..
  • ble mendpingimu...tolong ingtkn aku.. tntng kish kite...setiap detik jantungku berdetak, setaip nota, jiwaku berlagu....
8..hanyut=faizal tahir
  • kdng2 de jgk selish faham... nk wat cmner lg.. kne pujuk lah...kuat njuk jgak 'dier' nie.. tak pe, sy sbar je... dengr sy pujuk.. liht ke mataku... ckup lah menghukum sy.. dengan tak telfon ngn msg.. sy rndu 'kamu"... sy thu, slah sy... bia sy terngkan agar pulh semua...smpi ble 'awk ' nk diam seribu bahasa...
  • maafkan lah ku tk bisa hidup tanpe "kamu"... fahamilah ku tak mampu terus tanpa 'kamu'.. bagaimana ku nanti, bila tiada peggnti 'kamu'... yg ku ada hanya 'kamu' saja...ble mata tepejm... aku ingat 'kamu' hnya kau ku terbyng.. meghpus segala rasa dijiwaku...
  • bila mata terbuke.. "kau"lah yg pertma akan kutelfon.. kejtkn subuh.. kejtkn gi keje... tk mampu aku bayngkn hidup tnpa dirimu...maaflah aku berslah.. ungkt bnde yg lame2... bru aku tahu, bnde tu buat "awk' terluke... maafkan lah aku...
9.. ekstravaganza= bunface
  • semangat yg baru... perjuangan yg satu... dan matlamat hidupku hnya untukmu...mcm2 dah aku  dan "dier' rancng... about mse dpn kmi bersme...
  • tpi, keadaan mu wat aku curiga lg... bnyk lah petnde yg tak baik... mcm2 prasangka aku... aku mule resah dan kurng percye.. dlam hatimu..mcm2 persepsi diri de mksud tersndri.. mcm2 propaganda ku rasa luar biasa... last2 bnde tu btul.. 'kau' memg de pempuan laen... awk curng..
10.. sofia jane= black
  • aku nie, ibrat permata di dalam hiasan kaca... yg tak bisa disentuh.. boleh dipandng... nk sentuh.. kne memiliki aku ngn cara yg sah...
  • aku rse, bnde ni berat untuk dier.. kau kene fham keadaan skrg.. aku bkn milik mu lg... 
  • adndai kau tahu, aper yg ku mahu.. aku mhu 'kau'selalu mendekatiku dlm ati ku.. walau dlm tidur.. aku tetp menantimu...aku rase hti nie bert nak tingglkn mu.. dulu kau selalu ada dlm hidup aku... skrg.. kau dah pergi bersme awek bru mu... aku pun thu..mimpiku tak berertu sendri...
11..drama king=black & meet uncle hussain
  • mule2 aku kenal 'dier' aku nk bersme dier... raut wajh yg bersh... wat ati aku pun tertawan.. rmi jgk org menentng, ble ktorng couple... tp aku truskn jgk.. mybe 'dier' dah berubh mengikut usia yg dah matang...aku pun terime dier wat kali ke2
  • lakonan nyer memg hebat.. smpi terpukau aku melihat.. aku rse, isi atu aku nie, murah je.. seng2 je trme dier...smpi ble aku nk tngk tipu muslihat 'dier'
  • 'dier' msh lg pura2... ckp yg pempuan tu cri dier... propaganda belke kate2 mu... btul lah dpt gelarn raja drama..pent tngk propaganda yg penuh tipu muslihat
12,, kebahagiaan dalam pepisahan= shahir
  • tak yah nak ucp ape2 dah...' kau' dan aku dah tak dek pape.. "kau' pun dah trme pempuan tu.. dan tingglkn aku... kte da tak dek keserasian di jiwa.. mungkin manisnyer sudah hilang....
  • tak yah lah kite mencube lg... btulkn kesilapn perhubungn kita...ckup lah 3 kali aku bg peluang... untuk btulkn kesilapan "kau"... ble tiap kali perbincngn.. asik gduh je... tu lah org ckp, tk cnte... mcm2 cri keslhn aku.... 
  • embun pun tk mampu nk menyubur sekuntum bunge yg layu pda musim luruh... sbb dah pns sngt... bunge yg dulunyer mekar, disinr oleh suria sudah kering dan akan gugur...
  • seprti cinta kite yg jels ternyata... semkin lme, semakin rekah... mcm2 tnye... adakah aku yg berslah... tp biselah... bertemu, bhagia... dan berpish... selalu sngt... tk fhm aku.. npe nk mcm nie...
  • ari2 aku ngis.. mengenag nsb diri, yg sering ditngglkan... mybe aku tk cukup sempurna untuk nyer... 
13.. pelita= A.P.I
  • tak penh aku rase menyesal dan ragu dengan ape yg aku temui.. selama ini.. selgi hyt dikndung badan... tk kn ku menyerah kalah, wlau mimpiku msnah.. harapan aku dan 'kau' hancur.. tak semstinyer aku tk leh hidup sndri...aku dah bleh hidup berdikri.. tnpe spe2 pun.. cme tk dek tmpt nk bermnje je...
  • aku akn pncrkan chya, seprti pelita, keserata dunie yg gelap gelita... aku akn mulekan hidup bru... sehingga hembusan nafas yg terakhir
  • tak pnh sesaat aku curigai ,ape yg telah aku kecpi setkt ini... aku bersukur dngn kehidupan aku sekrng...
  • tibe2.. aku tngsi pda yg pergi.. mama, wan, dan atuk.. aku thu, tkkn kembli.. cme ari2 aku doakn agar mereka tenang diSANA...
  • selagi jasdku belum terkubur... selgi tubhku belum ditmpa uzur.. pntng dtuk nenk moyng ku berundur... aku tetp akn pancrkan hidupku dngn chya ke serata dunia...
14,,,nokhtah cinta= hafiz
  • ternyata semua bicaraku, tersimpan di dalam hatiku... ternyata semua soalanku tak penh kau fikr di fikiran... npe msh nk cri aku lg... 'kau' dah ader yg laen kot..ternyata kau masih mencri kepastian dlam cinta... aku tak leh bg jawapn.. tp tuhan yg thu jawpannyer...
  • tuhan tolong nyatakanlah... padanyer tentng cnte,,, adakah aku nie, msh diperlukn dlm hidup dier...tuhan tunjukkn padanya tentg apa yg aku fikrkn adakh cnta ini perlu ada untuk dirinya...
  • berbicara tentg cinta.. msh tida penghujungnyer,, berbicara tntg perasaan.. simpn sje semua itu... semuanyer 'awk' tak pasti dlm cnte 'awk' sndri.... jwpn semuanyer.. dlm hati awk....








    Sunday, January 9, 2011

    KESEMPURNAAN MILIK YANG MAHA ESA

     Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN iasemula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.Begitulah juga ........

    Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamudan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

    Jika kamu menadah air biarlah berpada,jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

    Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

    Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...yang kamu pasti baik untuk dirimu.Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah,cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.

    Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah,cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..Kamu juga yang akan MENYESAL...