fifie mawi

fifie mawi

Monday, February 7, 2011

pengorbanan seorang ibu

Pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu sukar dinilai dengan wang ringgit ataupun harta benda. Kesulitan semasa hamil, kesakitan yang dialami tatkala melahirkan dan pelbagai cabaran membesarkan, mengasuh serta mendidik anak dihadapi dengan penuh tanggungjawab dan pasrah pada Ilahi. Segala penderitaan dan kesengsaraan hidup yang ditempuhi membuatnya lebih tabah dan sabar tanpa berkeluh kesah dan merungut.

Demi kelangsungan hidup si anak, ibu sanggup menggadai nyawa memberikan yang terbaik bagi kesejahteraan permata hatinya. Maka, apakah memadai jasa dan pengorbanan seorang ibu itu sekadar dihayati dan dikenang tatkala menyambut Hari Ibu saja? tentu tidak kerana sikap seumpamanya akan hanya enjadi budaya sekali setahun dan bukannya menjadi budaya sepanjang hayat. 

Kita mungkin boleh berbangga dengan adanya pelbagai anugerah dan hadiah kepada para ibu, tetapi kita perlu sedar dan menginsafi hakikat bahawa jasa dan pengorbanan para ibu melahirkan, membesarkan dan mendidik anak-anak tidak dapat disamakan dengan wang ringgit atau material. Walau bagaimanapun, Hari Ibu yang hadir pada bulan Mei setiap tahun tidak harus dibiarkan berlalu tanpa pengisian yang bermakna. 

Sebagai anak, kita sememangnya dituntut untuk mengenang jasa dan tempat tidurnya sehingga peluh membasahi seluruh badannya. Keadaannya bertambah parah dari hari ke hari dengan mata bernanah, mulut ternganga lebar, bibir bengkak, tekak tersumbat, malah tangan dan kaki terbujur kaku. 




Sahabat Rasulullah silih berganti mengajarnya kalimah syahadah, tetapi semuanya sia-sia belaka. Oleh kerana keadaannya bertambah eruk, Rasulullah memerintahkan Ali bin Abu Talib supaya membimbingnya dengan ucapan kalimah syahadah. Bagaimanapun, usaha itu tetap gagal. 

Rasulullah bertanya kepada sahabat: Adakah Wail mempunyai orang tua?” Jawab sahabat: “Tinggal ibunya saja, wahai Rasulullah.” Kemudian, sabda Baginda: “Suruh dia datang ke mari.” Selepas ibu Wail menghadap, Rasulullah bertanya: “Bagaimanakah keadaan Wail sehari-hari sebelum dia sakit? Apakah dia pernah melakukan dosa besar yang ibu pernah lihat?” Ibu Wail menjawab: “Dia derhaka terhadap saya, wahai Rasulullah! Dia sering mencaci saya setiap kali dia mendengar aduan isterinya. 

Dia sangat cintakan isterinya sehingga tergamak untuk tidak menghargai saya. Dia selalu percaya kata-kata isterinya daripada saya. Demikianlah, wahai Rasulullah!” Sabda Rasulullah lagi: “Bukankah Wail itu anakmu, buah hatimu! Maka ampunilah kesalahannya terhadapmu.” Jawab ibu Wail: “Tidak! Tidak! Wahai Rasulullah, air mataku belum kering kerana dia.” Sabda Rasulullah lagi: “Tetapi Wail adalah anakmu, kasihanilah dia.” Jawab ibu Wail: “Tidak, Rasulullah! Dia sering menyakiti hati saya.” Lalu rasulullah termenung sejenak. 

kak,mama,adik
Kemudian, Baginda memerintahkan sahabat mengumpulkan kayu dan dinyalakan untuk membakar Wail hidup-hidup. Melihat tindakan itu, ibu Wail segera berkejar langsung menjerit dan mengampuni kesalahan anaknya. Sebaik ibu itu mengampuni kesalahan anaknya, wajah Wail berubah beransur baik. Akhirnya, dia dapat mengucapkan dua kalimah syahadah dan menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Sebagai Renungan Bersama..

saya sayang mama saya... kak hnye bleh mendoakn mama agar tenang disna... kak rndu mama... kak msh ingt last besday mama bersme kak dan adik... memori yg tak kn kmi lupekan....

1 comment:

  1. mama akn bahagia kt sne jike kak fifi sntiasa doakn die..insyallah roh mama diberkati..aminnn.

    ReplyDelete