fifie mawi

fifie mawi

Saturday, January 29, 2011

Kalau Mencari Teman

 Islam merupakan agama yg lengkap dalam semua aspek kehidupan sama ada dr segi ilmu pengetahuan, ekonomi, politik dan juga sosial. Oleh itu, dalam kehidupan sosial, kita telah disediakan beberapa garis panduan yg kalau diikuti boleh ...mendatangkan kebaikan dan menghindarkan keburukan. Contoh kehidupan bersosial ialah soal mencari sahabat. Kita dinasihatkan supaya berhati-hati memilih sahabat kerana Islam menegah kita mancari sahabat yg boleh membawa kpd kemungkaran seperti fiman Allah s.w.t. dalam surah Kahfi ayat 29 yg bermaksud :
 "Janganlah engkau mengikuti orang yg telah Kami lupakan hatinya utk mengingat-ingat (berzikir) pada Kami dan ia suka mengikuti hawa nafsunya." Sekiranya kita memilih sahabat yg terlalu cintakan dunia dan mementingkan hawa mnafsunya, sahabat itu akan merugikan kita. Malah, lambat-laun, kita mencari sahabat yg soleh yg paling ingat-mengingati ke jalan yg diredhai oleh Allah s.w.t.


 Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis yg bermaksud : "Seseorang itu menurut agama (aturan) kekasihnya, maka oleh sebab itu baiklah seseorang dr kamu semua itu meniliti orang yg dikasihi." WASIAT AL-QAMAH Sifat-sifat yg perlu ada pada seseorang yg ingin kita jadikan sahabat bolehlah kita contohi drpd wasiat yg diberikan oleh al-Qamah kpd anaknya.


Katanya : "Hai anakku, jikalau engkau rasa perlu bersahabat dgn seseorang maka pilihlah yg mempunyai sifat-sifat ini iaitu : Jikalau engkau melayaninya, ia suka melindungi, jika engkau bersahabat dengannya,ia akan merupakan hiasan dirimu dan jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah,ia suka mencukupi keperluanmu. Pilihlah seorang sahabat yg apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dgn rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yg ada pada dirimu, ia suka menghitung-hitungkan Pilihlah seorang sahabat yg apabila engkau menghulurkan tangan utk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dgn rasa terharu, dan dianggap sangat berguna, sedangkan jikalau ia mengetahui tentang tungkan keburukan dirimu lalu ia suka menutupinya. Pilihlah sahabat yg jikalau engkau meminta sesuatu drpdnya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, ia mulai menyapamu dahulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yg menimpa dirimu, ia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu. Pilihlah sahabat yg jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya sahaja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yg berat, ia suka mengusahakannya dan jikalau engkau berselisih dengannya, ia suka sekali mengalah utk kepentinganmu.


" Sayidina Ali menjelaskan tentang sahabat yg baik. Antara lain, beliau menyatakan... "Sahabat yg sebenar-benarnya ialah orang yg ada di sampingmu. Ia suka membabitkan dirinya sendiri dalam bahaya demi utk kesejahteraanmu." Saydina Ali bukan setakat bercakap kosong, malah telah membuktikan kata-katanya dengan mengambil alih tempat tidur Rasulullah s.a.w sewaktu Baginda bersama Saydina Abu Bakar merancang utk berhijrah ke Madinah. Walaupun Saydina Ali tahu risiko yg terlalu tinggi akan dihadapinya kerana pemuda-2 Quraisy bercadang utk menyerbu rumah Rasulullah s.a.w dam membunuhnya, tetapi Saydina Ali sanggup menghadapi bahaya itu atas dasar kepentingan keselamatan sahabatnya. Atas pengorbanan dan kesetiaan beliau, Allah telah menyelamatkan beliau drpd dibunuh oleh pemuda-2 Quraisy itu. Contoh persahabatan lain yg boleh diteladani ialah persahabatan Saidina Abu Bakar dengan Rasulullah s.a.w. Saidina Abu Bakar sentiasa mempercayai dan mengiakan apa yg Rasullullah katakan.


 Sebagai contoh, sewaktu Rasulullah menceritakan perjalanan Israk dan Mikraj kpd semua orang di Kota Mekah, mereka tidak mempercayai cerita Rasulullah s.a.w malah mengejek-ngejek dan menuduh Baginda sebagai pembohong. Mereka yg tidak percaya kpd cerita Rasulullah s.a.w telah pergi berjumpa dengan Saidina Abu Bakar untuk menanyakan sama ada cerita tersebut benar atau sebaliknya.Tujuan mereka adalah utk mentertawakan Saidina Abu Bakar yg menjadi sahabat baik Rasulullah s.a.w. Apabila Saidina Abu Bakar mendengar mendengar pertanyaan mereka, dengan tenang beliau bertanya semula apakah benar Rasulullah s.a.w bercerita sedemikian. Mereka mengatakan begitulah cerita Rasulullah s.a.w lalu tanpa ragu-ragu Saidina Abu Bakar menyatakan apa yg Rasulullah s.a.w katakan itu semuanya benar. Saidina Abu Bakar bukan setakat mempercayai apa yg sahabatnya katakan tetapi juga sanggup berkorban harta utk kepentingan perjuangan agama Islam yg dibawa oleh sahabatnya. PENGORBANAN SAHABAT NABI. 


Di samping itu, pengorbanan yg paling besar yg diberikan oleh Saidina Abu Bakar kpd Rasulullah s.a.w ialah apabila sanggup bersama-sama dengan sahabatnya sewaktu berhijrah ke Madinah. Penghijrahan Rasulullah s.a.w ke Madinah bukanlah satu perjalanan yg selamat kerana orang-2 Quraisy sentiasa memusuhi dan ingin membunuhBaginda. Sewaktu dalam perjalanan dr Mekah ke Madinah, Saidina Abu Bakar sentiasa beradadi hadapan dan di belakang Rasulullah s.a.w. Apabila Baginda bertanya akan hal itu,Saidina Abu Bakar menjawab... "Aku berjalan di hadapan utk memilih jalan yg baik dan selamat sementara aku berjalan di belakangmu utk menjaga keselamatanmu dr serangan musuh yg mengejarmu." Sebagai kesimpulan, marilah kita perhatikan nasihat Abu Sulaiman tentang pentingnya memilih sahabat seperti yg dianjurkan oleh Islam. Katanya... 


Janganlah sesekali engkau bersahabat melainkan salah satu daripada 2 orang ini 
 Pertama, orang yang dapat engkau ajak bersahabat dalam urusan duniamu dengan jujur.
 Kedua, orang yang dijadikan sahabat itu dapat menambahkan kemanfaatan duniamu untuk urusan akhiratmu. Jika engkau bersahabat selain daripada 2 orang ini, pastinya engkau memiliki kebodohan yang luar biasa besarnya.


 Alhamdulillah demi Allah anda semua adalah rakan yang terbaik pernah saya ada...

No comments:

Post a Comment