fifie mawi

fifie mawi

Sunday, March 20, 2011

Amal Untuk Meraih Cinta Allah SWT


Ku cinta Dia. Kita mencintai Allah SWT. Adakah sekadar kata-kata cukup sebagai bukti? 
" Tidak, cinta kepadaNya tidak terbukti hanya melalui kata-kata. "
Hasan Al-Basri rahimahullah berkata:
Para sahabat Nabi SAW berkata: " Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kami amat mencintai Allah SWT. "Kemudian Allah SWT mahu menjadikan tanda yang menunjukkan kecintaan kepadaNya. Dengan itu Allah SWT menurunkan ayat berikut:
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mencintai Allah SWT maka ikutilah aku. Nescaya Allah SWT mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Ali 'Imran: 31)
Dari Abu Hurairah RA katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
Sesungguhnya Allah SWT berfirman: " Barangsiapa memusuhi kekasihKu, maka Aku memberitahu kepadanya bahawa dia akan Aku perangi. Dan tidaklah seseorang hambaKu itu mendekatkan diri kepadaKu dengan sesuatu yang amat Aku cintai lebih daripada apabila dia melakukan apa yang telah Aku fardhukan kepadanya. Dan tidaklah seseorang hambaKu itu mendekatkan diri kepadaKu dan melakukan perkara sunnah sehingga akhirnya Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, Akulah telinganya yang dia gunakan untuk mendengar, Akulah matanya yang dia gunakan untuk melihat, Akulah tangannya yang dia gunakan untuk mengambil dan Akulah kakinya  yang dia gunakan untuk berjalan. Andaikata dia meminta sesuatu kepadaKu pastilah Aku beri, dan andaikata dia memohon perlindungan kepadaKu pastilah Aku lindungi. "
(Riwayat Bukhari)
Saidina Umar al-Khattab r.a. pernah berkata :
" Amalan yang paling afdhal ialah melaksanakan amalan yang difardhukan oleh Allah SWT, menjauhi perkara yang diharamkanNya dan benarnya niat untuk mendapatkan apa yang ada di sisi Allah SWT semata-mata. "
Al-Quran
Di antara perkara sunat utama yang dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT ialah membaca Al-Quran dan mendengarnya dengan penuh tafakkur, tadabbur serta memahaminya.
Firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ
Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhankamu, dan penawar bagi penyakit dalam dada kamu, dan hidayah petunjuk (untuk keselamatan), serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.
( Surah Yunus: 57)
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
" Bacalah Al-Quran kerana ia akan memberi syafaat(pertolongan)kepada sesiapa yang membacanya pada hari akhirat kelak. "
Bukti DicintaiNya
Apabila seorang hamba dicintai oleh Allah SWT, maka ada buktinya dan ada tandanya.
Telinganya, hanya mendengar sesuatu yang berupa ketaatan kepada Allah SWT, tidak atas dorongan hawa nafsu dan syaitan.
Pandangan matanya, sentiasa dalam ketaatan kepada Allah SWT,  jauh daripada dorongan kebinasaan hawa nafsu dan syaitan.
Tangan kaki dan pergerakannya, sentiasa dalam ketaatan kepada Allah SWT, bukan kemaksiatan kepadaNya.
"Kita muhasabah diri. Adakah terdapat pada diriku bukti-bukti itu? Adakah aku dicintaiNya?"
Asy-Syaukaani berpendapat :
" Allah SWT memberi kepada anggota-anggota tersebut nur-Nya (cahaya) yang menyuluh jalan hidayah dan menghindarkannya daripada kesesatan. "
Siapa Bertakhta Di Hati ?
Firman Allah SWT :
قُلْ إِنْ كَانَ أبَآؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
Katakanlah: " Jika bapa-bapa, anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah SWT dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya,maka tunggulah sehingga Allah SWT mendatangkan keputusan-Nya ". Dan Allah SWT tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq. "
(At-Taubah: 24)
Kecintaan kepada Allah pasti membuahkan cinta kepada teman hidup dan keluarga. Cinta insani itu adalah buah daripada cinta kepada Allah SWT. Kecintaan kepada teman hidup dan keluarga perlu didasari dengan cinta kepada Allah SWT.
Kebahagiaan bergantung kepada sesuatu yang menjadi neraca nilai. Andai syara' diambil sebagai neraca nilai, kebahagiaan anugerah Allah SWT pasti bersama. Kebaikan adalah apa yang syara' tetapkan sebagai baik. Keburukan adalah apa yang syara' tetapkan sebagai buruk. Kehidupan dan interaksi indah dihiasi dengan nilai Islam.
Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Pencipta. Allah Al-Khaliq. Harta adalah ujian. Andai dimanfaatkan ke jalan Islam, Insyaallah ianya adalah amal yang akan menghadirkan cinta Allah SWT. Jika yang sebaliknya berlaku, pasti mengundang kemurkaan dan azabNya.

Friday, March 18, 2011

Redha Terhadap Qada' dan Qadar Allah


Pasti ramai yang tahu apa itu qada' dan qadar Allah.
Qada' bererti ketentuan Allah dan Qadar bererti pelaksanaan kepada qada' tersebut.
Rela terhadap ketentuan, kehendak dan kekuasaan Allah adalah WAJIB hukumnya.
Dalam sebuah hadis qudsi dijelaskan bahawa Allah berfirman:

"Barangsiapa yang tidak meredhai qadha-Ku dan tidak bersabar atas bencana yang Aku timpakan atasnya, maka carilah Tuhan selain dari pada-Ku" (HR Thabrani)
 
Sememangnya perit untuk kita mengharungi pelbagai cabaran di dunia yang fana ini. Namun ingatlah sebenarnya kita sedang diuji oleh Allah. Dunia adalah jambatan ke akhirat. Redha dalam setiap ujian Allah adalah sangat penting agar dapat mengajar diri kita supaya menjadi seorang yang bersabar. Tidak mungkin Allah menjadikan sesuatu itu berlaku pada diri kita tanpa ada sebabnya. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Jika kehidupan kita adalah sebagai seorang pelajar, pasti banyak cabaran ketika kita di tempat belajar. Dugaan dengan pelajaran, hubungan dengan rakan-rakan dan diuji pula oleh Allah dengan fitrah iaitu rasa suka atau jatuh cinta pada seseorang. Apabila keadaan ini terjadi, kita haruslah bijak memilih jalan yang betul sama ada melayan perasaan tersebut atau dengan segera mendekatkan diri kepada Allah kerana menyedari bahawa kita sedang diuji.
Jika ditakdirkan kita ditimpa musibah, tidak perlulah kita saling menyalahkan dan menyebut 'kalaulah' kerana ianya akan membuka pintu kepada syaitan untuk menghasut kita. Seharusnya kita wajib redha dengan apa yang berlaku kerana yakin pasti ada hikmah di sebaliknya.
"Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak Diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta  (dalam keimanannya)" (Surah Al-Ankabut: 2-3)
"Bahawasanya Allah akan mencuba salah seorang kamu dengan sesuatu bencana (bala), sebagaimana seseorang kamu mencuba (menguji) emas dengan api. Maka di antara mereka ada yang keluar seperti emas asli iaitu mereka yang dilindungi dan dipimpin oleh Allah dari perkara syubhat dan ada di antara mereka yang keluar sebagai emas hitam (palsu) iaitu bagi mereka yang mendapat fitnah" (HR Thabrani)

Monday, February 21, 2011

COUPLE????

Saya singgah ke satu blog kesukaan iaitu blog Ustaz Zaharuddin. Tertarik membaca ulasan dan jawapan beliau berkenaan hubungan antara lelaki dan perempuan. Kisahnya berkenaan lelaki dan wanita berzina dan ingin bertaubat. Itu satu hal. Yang mengejutkan daripada hampirt 100 komen di bawah artikel itu, boleh saya rumuskan 50% komen menceritakan dan memohon Ustaz Zaharuddin menyelesaikan masalah zina masing-masing.
Ini bukan lagi isu terpencil!

"Saya dan dia sudah kenal lama... kami mahu berkahwin tetapi keluarga pihak lelaki tidak bersetuju. Dan sekarang kami sudah terlanjur dan ingin bertaubat."

"Kami sudah bertunang... dia sebenarnya seorang lelaki yang baik. Tetapi akhirnya kami tewas dengan desakan nafsu masing-masing."

"Pada awal jumpa dengan saya dia seorang lelaki yang baik dan hormati saya. Pertemuan kami yang pertama di Shopping Mall. Selepas dua tiga kali bertemu kami tidak melakukan hal terlarang melainkan hanya berpegangan tangan. Selepas itu, dia minta lebih. Awalnya saya bertegas, tetapi layu dalam pujukan dia."

Itu komen-komen di blog seorang ustaz. Dan sekarang pula cerita di akhbar tabloid negara.

Seorang mangsa, Rozie, 20, dari Ampang tidak menyangka perkenalan dengan seorang jejaka melalui laman sosial Facebook bakal menjadi titik hitam dalam hidupnya. Katanya, menerusi laman sosial itu, Boy dilihat seolah-olah tidak mempunyai ramai rakan perempuan berikutan tiada kenalan wanita dalam senarai sahabatnya. "Ini menyebabkan saya menganggap Boy bukan kaki perempuan dan boleh dipercayai. "Kami bertemu buat kali pertama apabila dia mengajak saya ke majlis hari jadi rakannya," kata Rozie yang jatuh cinta dengan Boy yang bersopan-santun dan pandai menjaga hatinya."Di tempat kerja, saya kerap diganggu lelaki, tetapi Boy pula sering mengambil berat dengan menjaga saya daripada diganggu mereka," katanya yang bertugas sebagai pakar kecantikan di ibu kota. Akibat terlalu percayakan lelaki itu, Rozie mengandung hasil hubungan terlarang mereka selepas setahun menjalin cinta.
Itulah satu daripada ribuan cerita liku kehidupan masyarakat pada masa sekarang. Denga hanya internet penyambung hubungan. Allah, Rasul, keluarga dan maruh ditolak ke tepi. Semuanya atas nama cinta.
Sungguh mereka tidak mengerti untuk membezakan apa itu CINTA dan apa itu NAFSU.

Kasih Rasul Terhadap Wanita
Dalam sejarah umat, insan yang paling kasih dan cinta kepada wanita ialah Rasulullah s.a.w. Tidak sedikit usaha, teguran dan tindakan yang dibuat dalam menterjemahkan perasaan cinta Baginda terhadap kaum hawa ini. Tetapi sering kali kita mengabaikan bahkan memperlekehkan nasihat Baginda.
"Islam ini kuno. Itu tak boleh, ini tak boleh. Tension tahu!"
"Mak ayah aku pun tak bising... yang kau bawa al-Quran dan hadis segala ini buat apa. Sikit-sikit Islam, nak cakap Islam pergi masjid la beb?"

Bagi yang mengatakan Islam yang Rasulullah s.a.w bawa itu kuno, mengongkong, dan segala nista, saya ingin mengajak kita sama-sama renung satu kisah sirah nabawi ketika Baginda menunaikan HajiWida', haji yang terakhir Baginda. Baginda memberikan satu khutbah umum yang terakhir dalam hidupnya. Salah satu aspek yang Baginda sentuh adalah berkenaan kaum Hawa.

 "Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina."
Rasulullah s.a.w.
Inilah insan yang mempertegaskan hak wanita, inilah jua insan yang anda katakan kolot. Inilah insan yang menyuruh melayani wanita dengan kasih sayang, inilah jua insan yang anda katakan mengongkong. Inilah insan yang melayani wanita dengan lemah-lembut, inilah jua insan yang anda katakan out of date.

Skrip Berulang
Jika kita melihat senario di atas, modus operandi hingga terjadinya zina dan sama waktu dengannya adalah mudah dan berulang-ulang kisahnya.
01.Berkenalan.
02.Lelaki berlakon baik atau memang baik pada awalnya.
03.Perempuan terkesima dengan baik budi dan ayat si lelaki.
04.Keluar bersama untuk kali pertama dan lelaki itu kelihatan sungguh baik dan sopan.
05.Hubungan semakin rapat dan lelaki meminta berpegangan tangan.
06.Perempuan bertegas menolak, dipujuk dan dipujuk.
07.Akhirnya layu... dan pergilah ke babak yang seterusnya.

Mudah sahaja skrip cinta masyarakat sekarang. Dan skrip inilah yang membawa kecelakaan kepada masyarakat.
Menjadi tanda soal, haruskah hubungan lelaki dan wanita berakhir seperti ini? Adakah semudah itu untuk mencairkan hati seorang wanita. Cukup sekadar ayat power, muka kacak, dan belanja makan yang tidak seberapa. Dan siap untuk menyerah diri untuk disembelih sang lelaki. Kambing yang abah jual pun harga RM400 seekor, takkan belanja makan yang tidak sampai RM50 sudah layu.
Kelebihan lelaki ialah pandai memujuk dan berlakon, dan kelemahan wanita adalah mudah dipujuk rayu dan ditipu. Oleh sebab itu, Islam melihat isu hubungan lelaki dan wanita ini cukup penting untuk disentuh. kerana disini letak titik jatuh bangun ummah. Mahu lihat masa depan Islam, lihatlah pada pemuda-pemudinya. Jika pemuda-pemudinya kaki rempit, masa depan Islam "rempit" jugalah jawabnya.

Sunnah dalam Hubungan Lelaki dan Wanita
"Kenapa dia naik motor dengan perempuan tu? Ada apa-apa urusan mendesak ke sampai perlu macam itu?" saya bertanya kepada seorang rakan.
"Entah tak pasti pulak kenapa. Tapi ada orang bagi tahu mungkin salah satu cara dakwah kot," jawab dia bersahaja.
"Dakwah apa? Apa yang dia tahu dengan dakwah seperti itu? Mengangkat perempuan itu dari satu lubang neraka dengan meletakkan ke dalam lubang neraka yang lain. Kali ini dengan lelaki itu masuk lubang sekali. Dakwah itu luas, tetapi masih tidak berkompromi dengan bersalut kemaksiatan," saya menjawab. Mengaitkan tindakan itu dengan Islam dan dakwah pula.
Islam itu meraikan fitrah. Jika anda suka kepada perempuan, bersyukurlah kerana anda normal dan bukan gay. Jika si gadis tertawan dengan sang lelaki, itu juga normal dan tidaklah berdosa dalam Islam. Tetapi ada aturannya...

01.Ramai pasangan keluar berdua-duaan tidak kiralah sama ada pergi shopping, dating, atau ke masjid sekalipun. Ketahuilah itu dilarang sama sekali. Bagi yang sudah bertunang sekalipun aturannya tetap ketat. Keluar dibolehkan tetapi dengan syarat ditemani oleh mahram yang (1)tsiqah. Ada yang mengajak teman, sedangkan teman yang diajak itu merapu dan tidak tahu hukum-hakam.

02.Kurangkan komunikasi yang tidak berkenaan. Isi perbincangan seharusnya dikawal. Isi pun dikawal, gantiaan nama seperti ayang itik, abang, ucuk dan segala hal lagilah bersalahan dengan syarak.

03.Tidak boleh bersentuhan sama sekali. Jadi diharap tiadalah dialog: "Saya dan dia cukup menjaga. Kami tidak melakukan larangan. Paling tidak pun hanya sekadar berpegangan tangan saja." Pegang tangan sahaja... hurm.

04.Elakkan fitnah daripaada masyarakat sekeliling. Mahu elakkan fitnah, jangan cipta fitnah. Jangan salahkan masyarakat mengata, sedangkan diri dengan pasangan kelakuan sumbang.

05.Berkaitan gambar. Melihat aurat sudah semestinya sudah salah. Sekarang trend menjadikan gambar pasangan sebagai wallpaper telefon bimbit, laptop bahkan menjadi primary picture di Facebook dan Friendster. Dua kali salah! Dilarang bertukar gambar tanpa sebab yang syarie'.

06.Jika semua ini kita tidak mampu lakukan dan penyelesaian pernikahan itu masih jauh perjalanannya.Putuskanlah hubungan itu dengan serta-merta. Pedih lagi sedih. Memang! Tetapi itulah mujahadah. Rintangan dihadapan lagi besar dan memerlukan lebih tinggi mujahadahnya berbanding putuskan hubungan itu. Percayalah, jika niat semua itu kerana Allah s.w.t., Dia akan gantikan duka lara hati dengan kegembiraan lebih besar daripada itu.

Sunday, February 20, 2011

10 Erti Senyum......

1. Senyum membuat Anda lebih menarik.
Orang yang banyak tersenyum memiliki daya tarik.
Orang yang suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya nyaman dan senang.
Orang yang selalu merengut, cemburut, mengerutkan kening, dan menyeringai membuat orang-orang disekeliling tidak nyaman. Dipastikan orang yang banyak tersenyum memiliki banyak teman.

2. Senyum mengubah perasaan
Jika Anda sedang sedih, cobalah tersenyum.
Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik.
Menurut penelitian, senyum bisa memperdayai tubuh sehingga perasaan berubah..

3. Senyum menular
Ketika seseorang tersenyum, ia akan membuat suasana menjadi lebih riang.
Orang disekitar Anda pasti akan ikut tersenyum dan merasa lebih bahagia

4. Senyum menghilangkan stres
Stres bisa terlihat di wajah.
Senyuman bisa menghilangkan mimik lelah, bosan, dan sedih.
Ketika anda stres,ambil waktu untuk tersenyum.
Senyuman akan mengurangi stres dan membuat pikiran lebih jernih.

5. Senyum meningkatkan imunitas.
Senyum membuat sistem imun bekerja lebih baik.
Fungsi imun tubuh bekerja maksimal saat seseorang merasa rileks.
Menurut penelitian, flu dan batuk bisa hilang dengan senyum.

6. Senyum menurunkan tekanan darah
Tidak percaya? Coba Anda mencatat tekanan darah saat anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat anda tersenyum saat diperiksa.
Tekanan darah saat Anda tersenyum pasti lebih rendah.

7. Senyum melepas endorphin, pemati rasa alamiah, dan serotonin
Senyum ibarat obat alami.
Senyum bisa menghasilkan endorphin,pemati rasa alamiah, dan serotonin.
Ketiganya adalah hormon yg bisa mengendalikan rasa sakit.

8. Senyum membuat awet muda
Senyuman menggerakkan banyak otot .
Akibatnya otot wajah terlatih sehingga anda tidak perlu melakukan face lift.
Dijamin dengan banyak tersenyum Anda akan terlihat lebih awet muda.

9. Senyum membuat Anda kelihatan sukses
Orang yg tersenyum terlihat lebih percaya diri,terkenal, dan bisa diandalkan.
Pasang senyum saat rapat atau bertemu dengan klien.
Pasti kolega Anda akan melihat Anda lebih baik.

10. Senyum membuat orang berpikir positif.
Coba lakukan ini : pikirkan hal buruk sambil tersenyum. Pasti susah.
Penyebabnya, ketika Anda tersenyum,tubuh mengirim sinyal "hidup adalah baik".
Sehingga saat tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah

Wednesday, February 16, 2011

Antara Ibu Bapa dan Kekasih Hati


Di dalam keadaan diri yang masih bersendirian, tiba-tiba muncul seseorang yang mengisi kekosongan hati anda. Kebetulan beliau seorang penyayang, seorang yang memahami, seorang yang romantik. Terasa dirinya berpotensi menjadi pasangan hidup yang sesuai. Malangnya apabila diperkenalkan kepada ibu bapa, mereka tidak bersetuju.

Di dalam keadaan ini, seseorang itu mempunyai 2 pilihan.

Pertama, meneruskan perkahwinan dan mengenepikan kedua orang tua kemudian menetap jauh-jauh selepas berkahwin. Kedua, ketepikan si dia dan utamakan kedua orang tua, kemudian meratap sedih. Sudah tentu, pilihan kedua adalah lebih arif, namun terdapat kaedah yang boleh digunakan agar seseorang itu memperolehi kedua-duanya tanpa sebarang dilema.

Di dalam surah Luqman ayat 14, Allah s.w.t telah berfirman, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”

Telah jelas, hampir di dalam semua keadaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding segala-gala di dalam alam ini, kecuali beberapa hal yang dilarang. Firman Allah di dalam surah Al-Ankabut ayat 8, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka.”

Di dalam sebuah hadith lain riwayat sahabat Abu Darda’ r.a. Telah datang seorang lelaki kepadanya dan berkata, “Aku memiliki seorang isteri dan ibuku menyuruh aku menceraikannya.” Kata Abu Darda’, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “orang tua-tua adalah pertengahan pintu-pintu syurga. Jika kamu mahu, kamu boleh sia-siakan atau kamu boleh menjaga ia.”[2] Ibu bapa diibaratkan seperti pintu-pintu di tengah syurga. Adakah bijak sekiranya seseorang itu mengabaikan satu kebaikkan yang besar kerana seorang kekasih hati?

Justeru, adalah menjadi satu langkah bijak sekiranya seseorang itu dapat mengenalpasti ciri-ciri menantu idaman daripada ibu bapa mereka terlebih dahulu. Bagaimana perwatakan, bagaimana rupa paras dan tingkah laku. Perkara ini subjektif, masing-masing ibu bapa mempunyai “piawaian” yang berbeza. Setelah itu, barulah dimulakan pencarian si dia dengan berdasarkan petunjuk Al-Quran, hadith-hadith Rasulullah dan doa-doa serta solat-solat yang berkaitan dengan hajat anda.. InsyaAllah, tidak akan ada dilema menanti di hadapan anda.

Monday, February 14, 2011

kenapa lelaki mepunyai 9 Akal dan 1 Nafsu?? DAN kenapa wanita mempunyai 9 Nafsu dan 1 Akal....

kenapa lelaki mepunyai 9 Akal dan 1 Nafsu?? DAN kenapa wanita mempunyai 9 Nafsu dan 1 Akal....

dalam hal ni kaum adam dan kaum hawa x puas hati...ada kaum adam kata"bnyk juga akal kaum adam..tp nafsu sikit..."ada pula kaum hawa kata"ish..jahat sagt ke aku ni sampai bnyk nafsu...tp akal aku sikit je.."

Sebenarnya dalam konteks ni yg dimaksudkan lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu adalah mreka ada 9 fikiran dan 1 emosi...manakala wanita pula yg dikasudkan dgn 9 nafsu 1 akal ialah 9 emosi dan 1 fikiran...

cuba kalian fikir??

1)knp kaum wanita diberi satu keistimewaan iaitu beranak??knp??knp lelaki tidak??
=kerana wanita ada 9 emosi...wanita ni seorg yg penyayang...dia sanggup membiarkan seorang makhluk tinggal didalam perutnya....dia sanggup bertahan selam 9 bulan 10 hri untuk biarkan seorg manusia tinggal didalm perut kita...itu disebabkan wanita mempunyai bnyk emosi...

cuba bg kaum lelaki yg mengandung???apa yg akan jd??
x pun suruhlah mereka ikat satu kampit beras seberat 10kg...apa riaksi mrk??
mereka x kan sabar untuk menghadapi beban yg bgtu berat...sebb mrk rasa itu seperti beban..susah untuk melakukan kerja...tp wanita tidak..dia sabar..malah dia kasih lg manusia yg ada dalam kandungannya...itulah keistimewaan wanita...

2)knp kaum adam dibg amanah untuk menguruskan talak???knp tidak wanita??
=krn lelaki mempunyai 9 fikiran...mrk boleh mgnuruskannya dgn berfikir...bkn dgn emosi..bygkanlah sekiranya kuasa talak di bwh kuasa isteri sudah tentu mrk akan mengurusnya dgn emosi..bkn dgn fikiran..

sekiranya talak di tgn kaum isteri..pasti banyak kaum adam tlh dudakan...(maaf sekiranya kasar)
itulah amanah kaum adam dan itulah keistimewaan kaum adam mempunyai 9 fikiran...

maaf sekiranya ana tersalah kata ya...^_^

Sunday, February 13, 2011

Petua Untuk Bersabar


1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.
2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.
3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.
4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.
5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.
6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.
7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.
8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.
9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.
10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.
11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.
12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu (moodiness) dalam diri seseorang adalah terlalu penting.

13. Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik inipun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu.
14. Jangan fikir bahawa cita-clta dan apa yang anda kehendaki adalah terlalu penting.
15. Terimalah hakikat bahawa wujudnya kesulitan jika terlalu mengharapkan sesuatu perkara dalam hidup, terhadap diri anda dan orang lain. Jika anda terlalu berharap, kedukaan dan kekecewaan akan menjadikan anda sedih dan berkelakuan hilang sabar.