fifie mawi

fifie mawi

Wednesday, February 2, 2011

Kenapa Aku Masih Solo...



by Abu Hanifah 

Artikel ini sedikit sebanyak membuatkan aku sedar, Hanya doa yg mampu ku iringi untuk jodohku walau dimana dia berada,kerana sesungguhnya, Allah sudah tentukan kebahagiaan dunia akhiratku hanya dengannya.Insyaallah.

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 23 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.




Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan.




Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kea lam berumahtangga.

Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.




Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat. Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

BERCOUPLE : USAHA MENCARI JODOH IDEAL?


BERCOUPLE : USAHA MENCARI JODOH IDEAL?
Bercouple, setiap kali kita mendengarnyaakan terlintas dibenak kita sepasang insane yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara. Saling mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya memasuki sebuah biduk pernikahan.Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak Adam? Bukankah setiap orang memerlukan penyesuaian sebelum pernikahan ? walau bagaimanapun, kegagalan ketika bercouple lebih ringan berbanding kegagalan setelah menikah.

CINTA, FITRAH SETIAP MANUSIA

MANUSIA diciptakan oleh Allah SWT dengan membawa fitrah (insting) untuk mencintai lawan sejenisnya. Sebagaimana firmanNYA; “ Dijadikan indah pada (Pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu Wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga)”, surah Ali-Imran : 14.
Berkata Imam Qurthubi; “ Allah SWT memulai engan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW ; “TIADALAH AKU TINGGALKAN SETELAHKU FITNAH YANG LEBIH BERBAHAYA BAGI KAUM LELAKI DARIPADA WANITA.”( Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, tirmidzi dan Ibnu Majah.)
Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka Allah SWT menjadikan fitrah manusia , maka Allah SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang yang beriman di syurga dengan bidadarinya.
Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Dunia ini adalah perhiadan, dan sebaik-baiknya perhiasan adalah wanita yang solehah.”(Hadis riwayat Muslim,,Nasa’I, Ibnu Majah)
Allah berfirman; “ Di dalam syurga –syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik –baik lagi cantik-cantik.” Surah Ar-Rahman : 70).
Namun Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batas, Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, jua bagaimana batas pergaulan antara dua insane lawan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.

ETIKA PERGAULAN LAWAN JENIS DALAM ISLAM

1. Menundukkan pandangan terhadap lawan jenis;
Allah memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firmanNYA; katakanlah kepada laki-laki yang beriman : “hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.”( Surah An-Nur : 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada wanita beriman, Allah berfirman; Dan katakanlah kepada wanita beriman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: “ Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (Surah An-Nur : 31)

2. Menutup Aurat;
Allah berfirman;”Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa Nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya.” (Surah An-Nur : 31).
Juga firmanNya; Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Al-Ahzab : 59)
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah seorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga wanita jangan melihat aurat wanita.” (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)

3. Adanya pembatas antara lelaki dan wanita;
Kalau ada sebuah keperluan terhadap lawan jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firmanNya; “ dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab.” (Surah Al-Ahzab : 53)

4. Tidak berdua-duaan dengan lawan jenis ;
Dari Ibnu Abbas ra berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:P “ Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanitakecuali bersama mahramnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Dari Jabir bin Samurah berkata ; Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi yang ketiganya.” ( Hadis riwayat Ahmad , Tirmdzi)

5. Tidak mendayukan ucapan;
Seorang wanita dilarang mendayukan ucapan saat berbicara kepada selain suami. Firman Allah : “Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertaqwa, maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik.” (Surah Al-Ahzab : 32).
Berkata Imam Ibnu Katsir ; “Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh Allah kepada para isteri Rasulullah SAW serta para wanita mukminah yang lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. “ ( Tafsir Ibnu Katsir)

6. Tidak menyentuh lawan jenis;
Dari Ma’qil bin Yasar ra berkata; Rasulullah SAW bersabda: Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Hadis Riwayat Thabrani)
Berkata Syeikh Al-Albani Rahimahullah; “ Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya .” (As-Shohihah)
Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti Bai’ah dan lain-lain.
Dari Aisyah ra berkata; “Demi Allah, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membai’ah. (Hadis riwayat Bukhari).
Inilah sebahagia etika pergaulan lelaki dan perempuan selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW ; Dari Abu Hurairah ra. Dari Rasulullah SAW bersabda: “ sesungguhnya Allah telah menetapkan untuk anak Adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan sedangkan jiwaberkeinginan serta berangan-angan, lalu farji akan membenarkan atau mendustakan semuanya.” ( Hadis riwayat Bukhari , Muslim , Abu Daud).
Padahal Allah telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati perzinaan. Sebagaimana firmanNya ; “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. (Surah Al-Isra’ : 32).

HUKUM BERCOUPLE

Setelah memerhatikan ayat dan hadis tadi, maka tak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram , kerana beberapa sebab berikut :
1. Orang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.
2. Orang yang bercouple tidak akan boleh menjhaga hijab.
3. Orang bercouple biasanya sering berdua-duaan engan kekasihnya, baik didalam atau diluar rumah.
4. Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat beersama kekasihnya.
5. Bercouple beridentitikan dengan saling menyentuh antara lelaki dengan perempuan, meskipun hanya berjabat tangan.
6. Orang bercouple boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.
Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu bagaimana kalau semuanya?
Fatwa Ulama
Syaikh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah.
Jawab beliau; jika hubungan itu sebelum akad nikah , baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan, sebagaimana sabda Rasulullah SAW : “janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita kecuali bersama mahramnya, dan janganlah seorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.”
Syeikh Abdullah bin Abdur Rahman Al-Jibrin ditanyai; jika ada seorang lelaki yang berkoresponden dengan seorrang wanita bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram?
Jawab beliau; perbuatan itu tak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana ia banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai perzinaan yang akan boleh menjerumuskan seseorang pada perbuatan keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, perbicaraan melalui telefon serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatannya.
Syaikh Jibrin juga ditanyai; apa hukumnya kalau seorang pemuda belum menikah menelefon gais yang belum mennikah?
Jawab beliau; tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahramnya ) dengan perbicaraan yang boleh menimbulkan syahwat , seperti rayuan, mendayukan suara baik melalui telefonmahupun lainnya. Sebagaimana firman Allah SWT ; dan janganlah kalian melembutkan suara , sehingga akan berkeinginan orang-orang yang hatinya terdapat penyakit.” (Surah Al-Ahzab : 32). Adapun kalaupun perbicaraan itu untuk sebuah keperluan , maka hal itu tidak mengapa apabila selamat dari fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan.

SYUBHAT DAN JAWAPAN SEBENAR
Keharaman bercouple lebih jelas daripada matahari di siang hari. Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat rapuh, antaranya:
Tidak boleh dikatakan haram kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat.
Jawab: Istilah bercouple berlandaskan Islam itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Anggaplah saja mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tidak boleh menghindari dari segi memandangi. Atau paling tidak membayangkan atau memikirkan kekasihnya. Yang mana hal itu sudah diharamkan.
Biasanya sebelum memasuki alam pernikahan, perlu untuk mengenal dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, karakter, yang mana hal itu tidak boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juakegagalan sebelum nikahakan jauh lebih ringan daripada kalau terjadi selepas nikah.
Jawapan: memang, mengenal fizikal dan karakter calon pasangan merupakan sutau hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan itu tidak boleh menghalalkan sesuatu yang haram.
Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha menanyakan segala yang baik bagi menutupi kekurangan di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatatan kekasihnya , sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat.
Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda; “ Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tul
Sesungguhnya Allah yang Maha Mengetahui.

Sunday, January 30, 2011

Dalam Sujud Cintaku...


Ku basuh tangan dalam aliran air mutlak 
Melafaz niat membasuh muka 
Sambil dalam hati berdoa moga diputihkan muka di Mahsyar sana 
Dan pohon tangan kanan yang kubasuh hingga ke siku 
Bakal jadi penerima amalan selama di dunia 
Dan ubun-ubun yang kualir wuduk padanya 
Akan terlindung dari panas mentari yang sejengkal cuma 
Juga kaki kanan bakal ditetapkan 
Tika melintasi titian Siratulmustaqim 
Merentangi neraka panas membara 

Berdiri dalam balutan telekung putih bersih 
Dalam qiam ku bulatkan hati 
Memusatkan minda hanya pada-Nya 
Pohon di putuskan dari lingkaran duniawi 
Kerna, aku ingin merasa nikmat 
Lazatnya ibadah mengadap Allah 
Aku ingin yang ada Hanya aku dan Dia yang maha mendengar 
Seperti Dia sedang ku pandang 
Dan Dia memandangku dengan ihsan dan kasih-sayang 
Tuhan yang kusembah 
Tempat ku berserah merayu kala hatiku gundah 
Yang ku terima dengan redha qada dan qadar-Nya 
Dengan rendah hati seorang hamba 




Dalam rukuk dan sujud 
Ku letakkan diri sekerdil mungkin 
Sambil mulut basah dengan pujian pada-Nya 
Berteleku antara dua sujud 
Kyusu’ mengharap ampunan dan belas ihsan 
Allah yang maha penyayang 

Bersimpuh dalam Tahiyyat 
Kupacakkan ibu jari kakiku, juga telunjuk mengiyakan Shahadat 
Merendahkan diri dalam lafaz pujian 
Memuliakan Junjungan s.a.w.

Kusempurnakan solat seusai dua salam 
Tenggelam dalam lafaz istighfar 
Memohon ampun pada-Nya atas dosa dan khilaf seorang hamba 
Yang hina lagi tak sempurna 
Namun masih tegar mengimpikan syurga di sana 
Maka, ku tadah dua tangan 
Memohon doa dengan sesungguhnya 
Merayu dan mendayu 
Penyesalan yang bersatu dalam rasa dan minda 
Seiring derai airmata 

Ya Allah, 
Ku pohon ampun Ya Rabbi 
Atas dosa dan kekurangan diri 
Kerna sesungguhnya aku hamba yang menzalimi diri sendiri 
Moga janganlah Kau bebani aku 
Dengan ujian yang diluar kesanggupan diri 
Dan Kau tetapkan kalbuku yang Kau miliki 
Agar teguh dengan petunjuk yang Kau beri 
Rahmatilah hidupku, ibubapaku dan keluargaku 
Dalam pelukan kasih sayang-Mu 
Yang melindungi kami dari panas neraka yang membara 
Kerna, aku hanya ingin hidup dan mati 
Di dalam pelukan agama 
Yang Kau redha...