fifie mawi

fifie mawi

Tuesday, January 24, 2012

Alhamdulilah......


by Klinik HATI on Saturday, January 22, 2011 at 8:57pm
Alhamdulillah, kalimah syukur hanya layak ditujukan kepada Allah SWT.

Dengan mengucapkan “ Alhamdulillah” -, atas segala kurniaan, penganugerahan dan pemberian nikmat yang tidak terhingga – ia adalah lambang kehambaan, keimanan dan ketundukan sebagai seorang hamba Allah SWT.

Bangunnya kita daripada tidur pagi ini – harus dimulai dengan kebeningan hati yang bersyukur dan bersyukur.

Setiap pagi, sangat indah dan penuh berkah.
Embun yang menitis setiap pagi begitu dingin.
Kedinginan, kesejukan dan kesegaran inilah menguatkan lagi rasa kesyukuran kepada Yang Maha Esa.

Udaranya terjaga, bersih , nyaman dan menyegarkan. Menghirup udara yang masih terpelihara daripada nafas-nafas sang pendosa. Bernafas lah udara di awal pagi sebelum fajar. Ia adalah waktu-waktu bersendirian bagi mukmin muslim yang sedang khusyuk bermunajat dan menadah tangan mengharapkan keampunan dan belas ehsan Sang Pencipta.

Alhamdulillah.

Allah SWT mengajar kita untuk bersyukur, satu kata yang lebih luas maknanya daripada berterima kasih. Syukur, ia lahir daripada hasilan keimanan yang tersemat kukuh didada.

Di dalam sebuah buku karya, Amru Khalid iaitu Ibadah Sebening Hati  terdapat suatu kisah yang menyentuh rasa hati . Suatu hari, Amru Khalid telah bertemu dengan sekumpulan remaja. 

“ Saya ingin membuat satu permainan dengan soalan kepada kalian,” Soalnya.

“ Apakah nikmat yang paling besar dan kalian paling hargai di dalam kehidupan ini,” Beliau bertanyakan kepada mereka.

Ada yang menjawab dengan penuh yakin. Ada yang kelihatan teragak-agak . Pelbagai jawapan dan ucapan.

“ Nikmat kehidupan”
“ Nikmat Iman dan Islam”
“Nikmat belajar dan ilmu”
“ Dan pelbagai lagi.”

Kemudian, seorang pemuda memberi jawapan yang menyentuh hati Amru Khalid :

.”“ Nikmat Allah SWT yang sangat berharga dan besar bagi saya ialah nikmat Allah SWT sebagai Rabb saya...  Jawabnya tenang.

Saya terperanjat dan tersentuh.
Begitu halus, sensitif, dan hidup hati pemuda tersebut.

Ya, alangkah beruntung dan berbahagianya kita apabila dipilih untuk menjadi Muslim. Rabb, Ilah dan tuhan kita adalah Allah SWT.

Kita mempunyai tempat sembahan dan penyerahan segala perasaan cinta, kasih dan sayang terhadap-Nya.

Ketika dilimpahi kenikmatan dan kesenangan, kita mengucapkan lafaz kesyukuran kerana menyedari hakikat pemberian-Nya yang begitu banyak.

Ketika susah, kita mempunyai tempat untuk mengadu, merintih, meluahkan perasaan, menagih simpati, meletak kan harapan kasih dan berdoa memohon pertolongan.

Iman mulai bertapak dihati. Ia disemai dan dibaja dengan subur dan kian mekar dijiwa hamba Rabbani.

 tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan.”

( Al- Hujurat : 7)

Belahan hati kecilku

1)- Saidina Umar sentiasa memberikan suatu ungkapan yang menakjudkan serta mengetarkan jiwa perhambaan : “ Sesungguhnya kami dahulu adalah kaum yang hina. Lalu Allah memuliakan kami dengan Islam. Sekiranya kami mencari kemuliaan selain daripada apa yang dimuliakan Allah, pasti Allah akan menghina kami.”

2)- Ruh Islam meresapi jiwa dan perasaan kita – sehingga kita merasa izzah (bangga) dengan keislaman, kemukminan dan kemusliman kita. Kita bangga mengatakan – “ Saksikanlah bahawa Aku seorang Muslim.”

3) – Setiap hari kita akan membawa imej dan lambang seorang muslim dan muslimah. Muslimnya, berhias dengan akhlak muslim dengan wajahnya penuh cahaya keimanan dan gembira dengan senyuman . Muslimahnya , begitu tenang dan bahagia mengenakan pakaian yang meliputi seluruh aurat dengan senang, dan tiada beban. – Malah, dia bangga menjalankan perintah dan arahan Allah SWT.

4)- “ Ilahi, hamba-Mu hadiri memohon keampunan, kerahmatan dan pemeliharaan-Mu. Kasihilah diriku, suluhilah jiwa ku dengan cahaya hidayah-Mu, kurnialah kepada pengakhiran yang baik dan masukilah aku ke dalam golongan ahli Jannah-Mu yang indah lagi mempesonakan.” – Munajat hamba di dinihari.

Itulah yang diperbuat hasil keimanan
Membuka mata dan hati
Menumbuhkan kepekaan.
Menyinari kejelitaan, keserasian dan kesempurnaan
Iman adalah persepsi baru terhadap alam,
Apresiasi baru terhadap keindahan.
Dan kehidupan di muka bumi.
Di atas pentas ciptaan Allah,
Sepanjang malam dan siang

Cetusan rasa sanubari - Sayyid Qutb –

Alhamdulillah, syukur sehingga hari ini kita semua berusaha untuk terus menerus menjadi seorang muslim dan muslimah yang taat sepenuhnya kepad Allah SWT.
Semoga Allah SWT berikan kita kekuatan. Kita perlu mencari alas an dan kekuatan untuk terus menjadi kuat.

Kuat keimanan.
Kuat ketaqwaan.
Kuat dalam beramal dengan amal keislaman.

Kuatkan diri dengan sentiasa bersyukur!

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Tuesday, December 13, 2011

Berdoa Memohon Jodoh Daripada Al-Quran

Bukan setakat memohon untuk dikurniakan jodoh, peranan doa amat luas dan penting dalam menentukan hala tuju kehidupan seseorang. Baik kehidupan di dunia mahu pun kehidupan di akhirat. Dengan merendah diri dan berdoa seseorang akan dapat mengagungkan kekuasaan tuhan dan menyedarai kelemahan diri sendiri. Seterusnya meletakkan satu pengharapan kepada tuhan dalam mencapai cita-cita.

Di dalam surah Al-Baqarah, ayat 186, Allah telah berfirman, “..Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. ”

Firman Allah lagi di dalam surah Ghafir ayat 55, “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”

Kedua-dua ayat ini menunjukkan Allah menyuruh semua umat Islam berdoa kepadaNya, seterusnya beriman dengan mematuhi perintahNya. Mereka yang tidak memohon sesuatu daripada Allah dikategorikan sebagai orang yang sombong dan takbur.



Menurut An-Nu’man Bin Basyir, Rasulullah pernah berkata , “Doa itu termasuk ibadah,” lalu beliau membaca ayat 55 dari surah Ghafir seperti di atas.Di dalam riwayat lain, Rasulullah telah bersabda, “Tiada sesuatu pun yang lebih mulia di sisi Allah Azza wa Jalla selain daripada doa.” 

Di dalam konteks mencari pasangan hidup, amalan berdoa perlu dimulakan sejak awal. Setelah berniat dengan betul, doa diteruskan secara konsisten sepanjang masa. Mudah-mudahan Allah mempertemukan dengan pasangan hidup yang dapat menjamin kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

Berikut merupakan antara 9 petua dari Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa yang mustajab yang sempat saya sertakan :

1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” 

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya.

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” 



4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.” 

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.” 

6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan,



7. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” 

8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.” 



9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”

alhamdulilah......

1 episod telh dilalui..alhmduilah.. mjlis lncr dngn sempurna....gembra akhirnyer...telah dirisik dan ditunangkn....sudah selesai 1 episod... biapun perkenln yg sekejp.... serta persetujuan dua keluarge...kmi direstui... alhmdulilah... en tunang (yie) sy sngt kgum dan gembra, dpt berknln,mengenalimu syg.... kmu sngt istimewa bg sy... sy sudh dicop oleh kamu... hehe.. biapun perkenaln kte singkat...rse mcm dah knl lme je...luv u syg... 



Wednesday, September 28, 2011

doa hambamu...


Ya Allah ya tuhanku,
Sekiranya dia tercipta untukku, dan telah Engkau tuliskan aku miliknya, maka satukanlah hati kami, dan tetapkanlah hati kami di antara satu sama lain. Sesungguhnya ya Allah, aku terima dia sepenuhnya, sebagaimana telah Engkau ciptakan dia dan aku mohon padaMu, kiranya perasaan kami sama, maka bukakanlah hatinya untuk menerima aku seadanya, sebagaimana telah Engkau ciptakan aku, supaya Dia menerima segala kekuranganku. Engkau titipkanlah kerinduan di antara kami supaya kebahagiaan itu abadi, dan ya Allah, landaskanlah perhubungan kami pada jalan yang Engkau redhai, supaya dapat kami menyempurnakan agama kami. Jodohkanlah kami dan permudahkanlah segala urusan diantara kami.

Ya Allah yang maha pengasih,
Sekiranya dia bukan pemilik rusukku, bukan dia yang Engkau takdirkan untukku, maka ya Allah, Engkau bawalah dia pergi daripadaku, lupuskanlah rasa cinta dan kasihku padanya. Sesungguhnya ya Allah, peliharalah aku daripada sakitnya perpisahan dan selamatkanlah aku daripada pedihnya kekecewaan. Engkau tenangkanlah hatiku dan pasrahkanlah aku akan takdirMu.

Ya Allah yang maha mengetahui,
Sesungguhnya, hanya Engkau yang mengetahui segala yang tersirat. Walau apapun akhirannya, aku bermohon padaMu supaya dia sentiasa di dalam lindunganMu, selamatkanlah dia daripada bahana di dunia dan di akhirat nanti, permudahkanlah segala urusannya dan ya Allah, Engkau berikanlah dia yang terbaik untuk hidupnya. Bantulah dia supaya semuanya nanti seimbang, di dunia dan di akhirat. Dan ya Allah, lindungilah dia daripada kejahatan orang padanya, walau dalam bentuk apa sekalipun.

Ya Allah yang maha penyayang,
Aku pasrah atas apa yang telah Engkau tuliskan untukku. Hanya Engkau yang mengetahui segala sesuatu, maka aku bermohon padaMu, berikanlah aku yang terbaik untuk hidupku. Permudahkan segalanya untukku dan bantulah aku agar sempurna hidupku, seimbang semuanya di dunia dan di akhirat nanti. Sesungguhnya ya Allah, aku terlalu ingin bahagia, aku ingin benar-benar bahagia, maka Engkau lapangkanlah hatiku dan cukupkanlah segalanya buatku. Pertemukanlah aku dengan dia yang merinduiMu, dengan dia yang mencintaiku, lebih daripada aku mencintainya agar kebahagiaan itu milikku.

Aku hambaMu ya Allah, sepenuhnya aku serahkan padaMu...

Amin






Wednesday, August 10, 2011

Kekurangan Itu Suatu Kehebatan


"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (QS. Ibrahim [14]:7)
Kebiasaannya, bila kita di kurniakannikmat rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan, apa yang kita akan lakukan?
Bersyukur! ya, itulah yang seharusnya.
Tetapi, bagaimana pula kalau kita diberikan kekurangan, kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. Berapa ramai yang ingin bersyukur?
Tepuk dada, tanya Iman.
Saya pasti mungkin hanya segelintir di antara kita yang bersyukur apabila menerima ujian. Mungkin dalam 100% hanya 5% yang bersyukur dan berlapang dada apabila menerima ujian.
Beruntunglah bagi mereka yang selalu bersyukur dan sabar. Banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang bersyukur dan sabar dengan ujian yang diturunkan.
Fiman Allah:
"Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan. Merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa - memelihara dirinya dari kejahatan." (QS al-Baqarah : 177)
Saya pasti kalian pernah mendengar kata-kata ini:
"After every storm there is a rainbow"
Jadi, walau apa pun ujian yang diturunkan kuatkan semangat dan azamkan tekad. Yakinlah dengan janji Tuhan.
Biar kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat asal hidup mendapat Berkat.
Fikirkan, setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan. Begitu juga sebaliknya. Setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana kita memang diciptakan lemah dan tidak sempurna. Jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan diri, kerana percayalah, setiap yang Allah kurniakan mempunyai kelebihan dan kelebihan tertentu.
Ingatlah,
Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri dengan cara saling lengkap melengkapi. Seperti yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan begitulah sebaliknya.
Ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas. Janganlah kita mencaci kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina dulu.
Kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. Sebaliknya besyukurlah, kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. Jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa.
Dan ingatlah,
Setiap kekurangan yang kita miliki, merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. Bukankah kekurangan dan ujian itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?
Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. Bersyukurlah dengan setiap kurniaanya. Kebaikan mahupun keburukan.
"Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al Anfaal:46]
Kesimpulannya, marilah kita memanjatkan rasa syukur dengan setiap kurniaan-Nya.

Friday, April 22, 2011

Anak mama Yg NaKaL....

Mama...
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari... 
Dah hampir 2 tahun mama pergi 
Rasanya baru semalam mama peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih...

Mama tau tak... 
itu lah pertama kali mama peluk anak mama yang nakal ni sejak kiter dewasa... 
dan itu juga terakhir kalinya
Emmmm...rupanya mama dah tau mama nak pergi jauh... 
nak tinggal kan anak-anak mama... nak tinggal kan dunia fana ni...

Mama macam dah sedia... 
Seminggu sebelum tu...
mama mintk kan kak bce ysin setiap mlm... di ospital
kak jga mama sepanjng dihspital...
tiap pg, mandikn mama, suapkn mknan pg untuk mama...
mama gembira kn...

mama mintk kak jhtkn bju untuk mama... 
kak ingat lg, wrne pink... smpi sekrng bju tu tk dek spe pakai...
mama ckp, ble mama dah kua nanti mama nk pki...
pki gi keje... mama, ni degil jgk kdng2... selalu pikir pasl keje nyer...
mama keje terlalu kuat, smpi skit mcm nie... ot siang mlm...
nk sara kmi ber2 nie... hurrmm...
tnpa disedri, bju yg kak buat tu, bju last untuk mama...
ble dah siap, mama pun komen sal jhitn...
'kak dah pndi wat tulng belut nie.... cntik sngt'
rse bngga pun ader, mama ckp cmtu...
tu lah pujian last mama bg kt kak...

mse menjga mama, kak study lg... ingt lg, wat nota kt kaki lima ospitl
lmpu ward dah tutp... sejuk... setiap 10 mint mama akn pngil...
kak.. dah lah tu... dah lewt nie... ye mama, sekejp...
mama tk bleh tido rupenyer, selagi kak tk tido... muah mama...

Jam 8 mlm...4 mac 2009
kak smpi kt ospitl, selps ateh blik...
mama de msg, nk mkn chekn chop...
kak pun bli... tp mama mkn sikit je... yg laen kak abh kn...
mama tk mkn bnyk pun... mama ckp tk dek selera...
tp ari nie,muka mama sngt pucat...
mama ckp, kak bce ysin...
kak pun bce ysin, smpi abh...
pastu mama pun ckp...
kak... bila mama tk dek nanti... kak jga adik ye...
tibe2 air mata nie nglir dngn lju...kak="mama, jngn lah ckp mcm tu... mama kne jga ktorg.. ktorg de mama je"
mama=mama tk lart dah nie kak... 
kak=mama msti kuat... lwn semua skit nie...mama jngn lah ckp cmni.. kak sdih
mama=kak jngn ngis mcm nie ye... ok.. mama tk ckp dah...

10 mlm.. 4 mac 2009
mama=kak.. mama nk mkn epal... tolng kupskan...
kak=ok mama.. jap ye kak gi bsuh...
(smbil2 kups epal, tibe2 terkene jari... terus lri ke pantri ward..bsuh pisau td... nsib tk kene kt epal.. tp bsuh jgk lah)
mama=nape kak?
kak=tak dek aper... buang kulit epal td...
mama dan makn 2 potong epal, dah kenyng...
kak=mama ni, mkn sikit sngt... makn lah lg...
mama=mama dah kenyng...
kak=mama mkn sikit je td... tipu kak... 
mama=tk dek selera lah kak..
kak=hurm.. ok..

 11.30 mlm 4 mac 2009
smbil siap kn nota, dengr lgu kt Hot FM..
tbe2 mama mengdu skit dada..
mama=kak, cube tngk oksigen tu, mam rse cam tk kuat je..
kak=dah kuat tu....
mse tu tngk mama mcm sush nk bernfs...
tngn mama, bsh ngn peluh...
kak pun kemas nota... pngl nurse kt stu...
nurse pun dtg.... 
keadaan jd kecoh, ble nurse suruh tuggu kt lua... doktr pun dtg, tirai kt ktl mama di tutp...
aper dah terjadi.... kak nk tngk mama jgk... intai2 dr tirai..

keadaan agk panik jgk mse tu... kak trus tpn along... suh dtg... 
tk smpi 15 mint, along, atuk, ayhsu,mak itam, ateh.. smpi kt stu... 
mama msih di dlm... along msuk dlm tu
kak dah ngis sepnjng mama kt dlm tu... mcm2 di pikirn...
tk smpi 5 mint along peluk kak...
along=kak... (along ngis... tertnye2 tk pnh along mengis... dier seorg yg serius...pelik...) mama dah teruk.. knsernyer tlh menyerng paru2..
kak=along, tk dek cra laen ke?(mengis lg,kaki dah lembik mse tu)
along=tk bleh kak(along peluk ert)
kak=kte kne gi ambk adik
along=kak tnggu mama.. along gi ambik adik..
kak pun telefon sek adik... nsb de no ckgu adik kt hp mama... adik bleh diambk, mlm tu... wrden dier ckp...
hti kak nie, tbe2 rse kosng... msh tk dpt tngk mama lg...
semua org kak msg mse tu, kwn2 mama... sedra mara... smpi abh topup... 

12.30 mlm...5 mac 2009
muka mama puct je... 
keadaan mama sepruh sdr...mungkin kesn dr ubt...
msin di blh kiri menjukkn jntung mama msih stabil.... 80... 82...82..84..(ala2 mcm tu lah kiraan kt mesin tu)
kak pun mula membce ysin... tp dlm sedu...
smbil gengm tngn mama...
kak thu, mama dngr kak bce ysin kt mama
wyr sna sni kt bdn mama, tngn mama...
telfon berbunyi, dr along, menytakn sudh ambk adik...
kak pun ckp kt mama, adik nk dtg sni... mama tunggu ye....
mama membls gengman tngn kak...
bdn kak rsa penat.. tp ati nie, sngt riso pasl mama...
ble adik smpi... adik terkejt tngk mama...
kak mengis lg... cian kt adik,... 

jam 6 pg... 5 mac 2009
mama sedar... kmi semua gmbira...
mama nk air milo ngn roti.. mama ckp, mama lapar...
alhmdulilh.... mama nk mkn... kmi semua rse, mama dah pulih...
tersa gmbre sekejp...
mama pngl kak ngn adik... 
mama ckp, jga diri lek lok... kak jga adik..
kak ckp, mama kuat kn... mama siht nanti..
mama pun trsenyum...
hti kak gmra sikt ble tngk mama dh siht sikit.. 
bleh mkn.. bleh minum...
bcaan nadi msh stbil...

jam 9 pg.. 5 mac 2009
rmi kwn2 mama dtg melwt mama....
rmi, mcm pasr dah wad tu... kt kaki lima ward, penuh dngn kwn2 mama dn sedra mara yg dtg...

10.30 pg...
keadaan mama mkin teruk...
nadi mama mkin menurun...
hti nie dah jd tk tentrm... doktr, nurse dtg sekli lg....
along pun msuk
sorg2 kwn mama ckp,"kak sbr... kak sbr"
bdn kak nie dah lemah je... rse tk lrt je...
ati kak still lg ckp, mama bleh pulih.. mama kuat...
doktr, nuse, along pun keluar....
along ckp, mama tk leh wat pape dah kak.. paru2 nyer dah tk berfungsi...
ya allah... rse nk jtuh.. tp de org papah.. tk thu spe... 
tengk atuk ngis... mkcik ngis... kak nie, tk dek air mata nk ngis.. dr mlm td ngis...
ndi mama mkin trun.. mata mama msih celik...
de kwn2 mama yg bcekn ysin untuk mama
kak berdiri tngk keadaan mama dr pintu ward...
adik tk thu gi mner...

kul 1.25..
keadaan mama dah mkin teruk...
along suh kak ngn adik msuk, duk kt sisi mama
mama nmpk kn kmi ber 2 ader kt mama...
kmi ber2 mengjar mama mengucp... mama ikut sekali pe yg kmi ckp
air mata kak menglir lg...
mama trik nfs yg terakhir....
dan pergi selmanyer....
1.39 tenghari.. mama dishkn menggal...

Nurse dan along tengah balut mama dengan kain putih... 
Mama mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...  
Mesti mama nampak akak baca doa untuk mama,... 
Mesti mama nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu... 
Mesti mama nampak semua tu kann... kann... kannn...


Mama tau tak... 
tengah ari tu balik dari hospital jam 3 tengah ari kak tak drve..
tp along yg drive...
semua org tkt kak memandu dalam keadaan separuh sedar... 
Adik  mengiringi mama naik van jenazah...
Kenangan bersama mama berputar dalam kepala ini... 
Jalan di depan terasa makin kelam... 
Airmata dah tak mampu di tahan... 
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela... 
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga... 
kt umh, semua org membuat persiapan menunggu mama...


Mama... 
kak masih ingat lagi...  
Jam 5 ptg mama di mandi kan ... 
kwn2 mama.. adik mama yang tolong masa mama mandi... 
Mama mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mama... 
Kiter gosok kaki mama perlahan lahan... 


Mama perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kak... 
Dia kata... "dikk...jangan nangis... kalau sayang mak jangan buat gitu... jangan nangis ya.." 
Bila makcik tu kata gitu... 
Lagi laaaa... laju airmata ni..
Tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mama...

Mama... 
Sampai takat ini surat ni kak tulis... 
kak nangis ni... 
malu nanti, adik tngk...
Kiter rindu kat mama..! 

Takpa la...
Nanti bila kak selesai sembanyang mgrib 
Kak baca yassin untuk mama... 
Mama tunggu ya..!

Mama.. 
Sebelum muka mama di tutup buat selamanya... 
Semua org mama mengelilingi mama...
Menatap wajah mama buat kali terakhir... 
Semua orang kata mama seolah-olah senyum aja... 


Mama rasa tak...
Masa tu kak sentuh dahi mama... 
Kak rasa sejukkkk sangat dahi mama... 
Kak tak mampu nak cium mama...
Kak tak daya... 
tp kne cium mama untuk kali terakhr nyer jgak... 
Airmata kak tk bleh thn mse tu... lps cium mama, kak ngis lg...
kak tngk je.. mama disembyngkn... syu nyer rase...

Jam 6.45 tengahari mak diusung keluar dari rumah... 
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik... 
Badan akak terasa panas... 

Mama tauu...
kmi ber2 mengiringi mama ke tanah perkuburan.. .
mama.. kmi mintk maaf... kami lupe ckp kt pkcik yg gali kubur tu...
wat kubur kt dengn kubur arwah wan...
tp tk pe, kt sni pun ok... de pokok...

Mama... Hari-hari ku lalui tanpa kewujudan mama lagi... 
Begitu terasa kehilangan mama...
Boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mama ini berendam airmata... 
Dan sampai satu tahap...
Masa tu malam jumaat selepas maghrib... 
kak bce ysin.. smbil menglir air mata...
rindu sngt kt mama
Entah kenapa biler kat bilik kak keluarkan gambar-gambar mama pastu apa lagi...
Semakin kak tenung terasa semakin sayu...
Tangisan tak dapat dibendung...

Mama tauu...
Kak cuba bertahan... 
Memujuk diri sendiri tapi tak juga reda... 
Kak rasa nak telefon mama... 
Nak cakap dengan mama... 
mcm kwn2 yg laen..
Anak mama yang ni dah tak betul kan ...????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kak pun tertido...

Mama tau tak..
Di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati... 
Rasa nyilu sangat... 
Menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni... 
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
Hanya sedekah al-fatihah kak berikan...

Mama... 
Cukup la sampai sini dulu...  
Mula-mula kak tak tau nak hantar mana surat nih..
Pastu kawan kak bgtau...
Simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje... 

Takper yer mama...
Kak kasi orang lain baca... 
Kak stop dulu...
akhir kata untuk mama 
I LOVE YOU SO MUCH 


Dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kak... 
Memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah.. 
Sampai masuk kolej.. 
 sampai akhir hayat ini jasa mama tak akan mampu kiter balas..

kepada kwn2.. yg msih mempunyai mak, ibu, mama, umi... syngi lah mereka,,, jngn lah buat mereke mengis...
blik nie... peluk lah mak anda semua...
kpda mak yg dah menggal dunie.. al-fatihah sy ucpkn...

LUV U ALL 


Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mama yang dah tak degil


adik, mama, kakak